Wow! hari ini aku dapat satu pesanan ringkas yang berbunyi:
"TAHNIAH"...no.SIM card Anda menang promosi (RM 17,000.00)
From COCA COLA
No.siri:338779
Sila Call Office:
012 8550108
MOHD.NASIR BIN ISMAIL....
Hahahaha...kelakar dowh!!!!....senang-senang jer coca cola nak bagi kita duit rm17,000.00....
yang hantar pesanan ringkas ni pun macam bodoh-bodoh jer,kan! Kalau orang tak sekolah bolehlah korang nak tipu.....Macam dah tak ada kerja lain lagi dah...sampai sanggup buat kerja nak menipu orang jer.....Tapi masa mula-mula dapat tadi,aku pun macam teruja jugak.Ya lah....duit rm17,000...siapa yang tak nak,kan!!!! Tapi bila fikir-fikir balik,ada ke munasabah,tak ada masuk peraduan apa-apa,tetiba jer nombor talifon kita menang promosi....Promosi apa agaknya????
Konon nak kita lebih percaya,siap bagi nama lagi.....Hai..apa lah punya manusia...
Tapi awas teman-teman....kalau tersilap langkah kita pasti terjerat dengan benda-benda bodoh macam ni...Mula-mula tadi nak juga cuba call mamat ni,saja nak perangkap dia pulak.Tapi bila fikir balik,takut bila dengar jer suara dia,kita pulak yang terpukau.Penipu-penipu macam ni dah tentu dia orang bersedia nak mengenakan kita,pukau-memukau ni dah jadi amalan dia orang.....so be carefull....
"JANGAN LAYAN MESEJ-MESEJ YANG MERAGUKAN"
Tersilap langkah.....habis semua nombor akaun bank,kita bagi pada dia...nanti bukan rm17,000 yang kita dapat,silap-silap kita yang lesap duit rm 17,000.......hehehe.....berwaspadalah...abaikan mesej-mesej sebegini......walaupun kita tak sekaya mana,hidup mesti diteruskan........
same la..tp no je y lain...
ReplyDeletehaha...tu ler pasal..zaman skrg ramai orang hidup nak menipu jer..
ReplyDelete