Friday, December 24, 2010

cerita tentang perempuan gelabah......

Hah...hari ni kita cerita pasal perempuan gelabah.....Kadang-kadang aku rasa nak tertawa pun ada bila tengok perempuan-perempuan gelabah ni....kelakarlah....Dia punya jiwang setengah mati lah.Apa nak jadi bak kata SM Salim pun....tak tahulah kenapa perempuan ni jadi macam ni,,,,,,kena ditinggalkan dek pakwe kot????kemungkinan besar jugak,tu yang gelabah tak tentu pasal tu,konon kesepian ler,kesunyian ler...kepala hotak lah dia!!! Bodoh!!!Banyak benda yang kita boleh buat dalam dunia ni yang boleh buat hidup kita gembira selalu....jangan ler nak merintih,merayu tak tentu pasal...nanti orang kata syok sendiri.......Satu pesanan;mencintai dan dicintai itu adalah satu perkara yang paling indah dalam hidup kita,tapi kalau kita saja yang mencintai sedangkan sebelah pihak lagi tidak,tak payahlah kita nak gelabah.Senang jer cerita,angkat kaki terus blahhhh.....Kalau kita dicintai dengan sepenuh hatinya,sedangkan kita tidak mencintai,tunggu!...kerana itulah sebenarnya cinta sejati kita.Jangan konon-konon nak test,nak tengok hatinya konon.....silap-silap haribulan jadilah kita pompuan gelabah,menangis konon kena tinggal....huhuhu...kesian!!!.Lepas tu menangislah,merayulah,merintihlah konon-kononnya kesepian....Lagi satu pesanan buat anak-anak perempuanku,kalau kita sudah dapat peluang yang paling baik dalam hidup kita,jangan lepaskan,jangan nak nak tunjuk lagak kerana peluang untuk mendapat yang terbaik hanya sekali dalam hidup kita.Kalau kita lepaskan jadilah kita seperti pompuan-pompuan gelabah ni....Yang penting sekali,jaga diri kita sebagai seorang wanita dengan ada sifat rasa malu,sopan,jangan gedik-gedik,menghormati semua orang tidak kira kawan atau lawan.Janganlah kita menjadi pompuan gelabah ni kerana pompuan gelabah selalu syok sendiri jer......huhuhuhu....INGAT! Peluang yang baik hanya datang sekali sahaja seumur hidup.......

Friday, December 17, 2010

Kenapa duit banyak tapi hidup masih tak tenang.......???

Topik kita....."Kenapa duit banyak tapi hidup masih tak tenang...????"
Hurmmm...kesian kan orang-orang macam ni.Duit melimpah ruah sampai dah tak tahu nak buat apa tapi hidup masih menggelabah....Buat ini tak kena,buat itu tak kena....hari-hari ada saja masaalah..Duit dia banyak tapi masih cemburu pada orang lain.Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.Sakit hati melihat keceriaan keluarga orang lain.Nak kata tak bayar zakat,tiap-tiap tahun bukan sikit-sikit berzakat.Bak kata orang pun boleh beli kereta Myvi cash....huhuhu...banyak tuuuuu.....!!!! tapi masih tiada kebahagiaan,ketenangan dan keceriaan dalam hidup....Kenapa yer???? Di situ kita kena kaji semula dan muhasabah diri sendiri...Apakah setiap perkara yang kita lakukan itu adakah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan???? Apakah setiap yang kita lakukan itu adakah hanya kerana Allah s.w.t.??? Adakah apa yang kita tolong itu kita mengharapkan balasan???? Dalam diri sendiri sudah tentu ada jawapannya......Kalau kita buat sesuatu itu penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan,InsyaAllah setiap apa yang kita dapat itu akan diberkati,maka kebahagiaan dan keceriaanlah yang akan kita perolehi.Kalau kita buat sesuatu itu hanya kerana Allah s.w.t...,InsyaAllah...ketenanganlah yang akan kita perolehi...Kalau kita buat sesuatu itu tanpa mengharapkan balasan.....InsyaAllah...Allah s.w.t..akan sentiasa membantu kita.....
Bagi ku,aku sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah,dengan setiap ujian yang Allah s.w.t berikan...Aku redha.....dengan segalanya....Walaupun hidupku tidak sekaya mana,tidak sesenang mana tapi aku bersyukur dikurniakan seorang suami dan anak-anak yang terlalu baik dan sentiasa memahami...Walau kami tidak punya duit dan harta yang melimpah ruah tapi kehidupan kami sekeluarga penuh dengan keceriaan dan ketenangan yang sangat abadi....Aku,suami dan anak-anak sentiasa mengamalkan prinsip "sikit sama sikit,banyak sama banyak...".Setiap yang kami lakukan mestilah penuh dengan kerendahan hati,itulah sikap yang suamiku tanamkan dalam diri kami seisi keluarga....Terima kasih Tuhan kerna Engkau telah berikan kami ketenangan dan kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan wang yang berjuta sekalipun.....

Saturday, December 11, 2010

sms yang meragukan......

Wow! hari ini aku dapat satu pesanan ringkas yang berbunyi:
"TAHNIAH"...no.SIM card Anda menang promosi (RM 17,000.00)
From COCA COLA
No.siri:338779
Sila Call Office:
012 8550108
MOHD.NASIR BIN ISMAIL....

Hahahaha...kelakar dowh!!!!....senang-senang jer coca cola nak bagi kita duit rm17,000.00....
yang hantar pesanan ringkas ni pun macam bodoh-bodoh jer,kan! Kalau orang tak sekolah bolehlah korang nak tipu.....Macam dah tak ada kerja lain lagi dah...sampai sanggup buat kerja nak menipu orang jer.....Tapi masa mula-mula dapat tadi,aku pun macam teruja jugak.Ya lah....duit rm17,000...siapa yang tak nak,kan!!!! Tapi bila fikir-fikir balik,ada ke munasabah,tak ada masuk peraduan apa-apa,tetiba jer nombor talifon kita menang promosi....Promosi apa agaknya????
Konon nak kita lebih percaya,siap bagi nama lagi.....Hai..apa lah punya manusia...
Tapi awas teman-teman....kalau tersilap langkah kita pasti terjerat dengan benda-benda bodoh macam ni...Mula-mula tadi nak juga cuba call mamat ni,saja nak perangkap dia pulak.Tapi bila fikir balik,takut bila dengar jer suara dia,kita pulak yang terpukau.Penipu-penipu macam ni dah tentu dia orang bersedia nak mengenakan kita,pukau-memukau ni dah jadi amalan dia orang.....so be carefull....
"JANGAN LAYAN MESEJ-MESEJ YANG MERAGUKAN"
Tersilap langkah.....habis semua nombor akaun bank,kita bagi pada dia...nanti bukan rm17,000 yang kita dapat,silap-silap kita yang lesap duit rm 17,000.......hehehe.....berwaspadalah...abaikan mesej-mesej sebegini......walaupun kita tak sekaya mana,hidup mesti diteruskan........

Thursday, December 9, 2010

Poligami.....

Haha....bila sebut poligami,perkara yang paling tidak disukai oleh orang perempuan.....Hurmmm...kenapa ek???...Sebenarnya aku pun tak suka tapi kalau sudah ditakdirkan aku redha jer lar....Apa nak buat,hak mutlak di tangan suami.Haha....tapi ada beberapa syarat yang harus suami patuhi.....
pertama:Soalan yg akan aku tanya;"untuk apa dia hendak berpoligami?"
kedua: dengan siapa dia hendak poligamikan aku....
ketiga: adakah kerana nafsu...
keempat: adakah dia mampu....dari segi nafkah zahir dan batin...
kelima: bagaimana ciri-ciri wanita itu.....
keenam: siapakah wanita itu....hahaha
kalau jawapannya yang pertama itu,dia jawab saja jer nak berpoligami,memang nak kena lah tu....hahaha....kena ada jawapan yang paling bernas dan munasabah...
Dengan siapa,kalau dia jawab kekasih lama dia...hahaha..boleh blah lar.....
Yang ketiga,kalau dia jawab kerana nafsu,aku rasa dia tak akan jawab kerana nafsu....
Yang keempat: kalau dia jawab dia mampu dari segi nafkah zahir dan batin...hahaha..memang ler dia penipu....rahsia dia aku saja yang tahu....hahahaha
yang kelima: kalau ciri-ciri wanita itu seorang muslimah yang baik,lemah lembut,rajin,beragama dan datang dari keluarga yang sememangnya betul-betul susah....akan aku pertimbangkan...untuk apa????..untuk kena buli lar.....hahahaha
Yang keenam: kalau dia kata wanita itu teman sekerjanya.....hahahaha...alamat besok pagi-pagi lagi aku dah tunggu kat depan ofis dia.......dan mulai memeriksa semua panggilan masuk dan keluar telefonnya.....
Tapi aku tahu suami aku seorang yang baik.Dia tak mungkin menduakan aku.Hidup dan matinya,katanya hanya untuk aku...yor lar tuuu....hehe...
Tapi sesungguhnya di dalam hati kecilku seandainya aku dipoligamikan,aku redha.......Bak kata anak-anak aku...."nanti mama dapat payung emas"....yor lar tuuuu....payung emas yang akan memayungkan aku di akhirat nanti........huhu...redha dalam terpaksa....:(:(