Wednesday, April 6, 2011

?

Aku hairan betul,kenapalah manusia-manusia ni perlu ada sikap-sikap irihati,dengki,cemburu dan sakit hati.Ish,ish,ish....mintak dijauhkan dari sifat-sifat terkeji ni.Aku tau lah anak-anak kamu pandai-pandai tapi tak perlulah nak menghina dan memperkecil-kecilkan anak-anak orang lain.Ada jugak mak-mak macam ni,ya!Benda kecik jer..tak perlulah nak perbesar-besarkan.Sedih betul apabila apa yang kita katakan disalahtafsirkan,huh!buruk sangka betul!!! Allah tu maha mengetahui....nasib kita belum tentu lagi.Hari ini mungkin kita yang terbaik tapi hari esok mungkin kita yang terburuk.....perjalanan masih jauh lagi,tak perlulah kita nak mendabik dada.....ikut resmi padi,makin berisi makin tunduk,jangan ikut resmi lalang.....Kalau dengar depa punya hujah macam anak depa dah jadik pakar...huish!takut den dengor....hehe....tau lah anak-anak depa orang-orang yang terpilih,huish! dasyat punya statement....tapi tak perlu kita nak bangga-banggakan diri.Tak perlulah nak cakap besar.Ingat! Kalau Allah nak tarik rahmat tu,sekejap jer dah hilang....Bersyukur adalah perkara terbaik yang perlu kita lakukan,bukan mendabik dada konon anak-anak kita jer yang terbaik....Boleh tentukah ia akan jadi yang terbaik...urmmm!!! Jadi awas-awaslah kalau nak bercakap tu...
Alhamdulillah....sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah s.w.t,biarpun bukan yang terbaik....

Friday, April 1, 2011

kalau aku diberi kesempatan...

kalau aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama,aku rasa banyak perkara yang aku hendak lihat dan buat.
1) sudah tentu aku ingin melihat kejayaan anak-anak aku....
2) sudah tentu aku ingin melihat kejayaan suami aku
3) sudah tentu aku ingin melihat kejayaan diri aku sendiri
4) sudah tentu aku ingin melihat anak-anakku mendirikan rumahtangga dengan pasangan mereka
5) sudah tentu aku ingin melihat bakal-bakal cucu aku nanti
6) sudah tentu aku ingin pergi menunaikan haji dan umrah,kalau boleh tiap-tiap tahun
7) sudah tentu aku ingin, jika diberi rezeki yang lebih oleh Allah menubuhkan dan membuka rumah untuk anak-anak yatim dan warga-warga emas yang terlantar..
8) sudah tentu aku ingin,jika diberi rezeki yang lebih oleh Allah,aku ingin membawa saudara-saudaraku yang tidak berkemampuan untuk pergi menunaikan haji....
9) sudah tentu aku ingin melancong ke seluruh dunia bersama suamiku
10) sudah tentu aku ingin membahagiakan keluargaku,menyediakan makan minum suami dan anak-anakku yang aku rasa perkara-perkara ini sudah lama aku tidak dapat melakukannya kerana kesuntukan masa dengan pekerjaan,walaupun aku bekerja sendiri tapi faham-fahamlah,bila balik kerja dah penat,tak larat nak buat kerja-kerja rumah lagi dahhh....tapi aku bersyukur kerana punya keluarga yang benar-benar memahami aku.....
kalau aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama lagi,perkara yang paling-paling aku ingin lihat ialah melihat anak sulongku berkahwin,kalau boleh tahun depan...itu pun kalau aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama lagi.......