Friday, April 1, 2011

kalau aku diberi kesempatan...

kalau aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama,aku rasa banyak perkara yang aku hendak lihat dan buat.
1) sudah tentu aku ingin melihat kejayaan anak-anak aku....
2) sudah tentu aku ingin melihat kejayaan suami aku
3) sudah tentu aku ingin melihat kejayaan diri aku sendiri
4) sudah tentu aku ingin melihat anak-anakku mendirikan rumahtangga dengan pasangan mereka
5) sudah tentu aku ingin melihat bakal-bakal cucu aku nanti
6) sudah tentu aku ingin pergi menunaikan haji dan umrah,kalau boleh tiap-tiap tahun
7) sudah tentu aku ingin, jika diberi rezeki yang lebih oleh Allah menubuhkan dan membuka rumah untuk anak-anak yatim dan warga-warga emas yang terlantar..
8) sudah tentu aku ingin,jika diberi rezeki yang lebih oleh Allah,aku ingin membawa saudara-saudaraku yang tidak berkemampuan untuk pergi menunaikan haji....
9) sudah tentu aku ingin melancong ke seluruh dunia bersama suamiku
10) sudah tentu aku ingin membahagiakan keluargaku,menyediakan makan minum suami dan anak-anakku yang aku rasa perkara-perkara ini sudah lama aku tidak dapat melakukannya kerana kesuntukan masa dengan pekerjaan,walaupun aku bekerja sendiri tapi faham-fahamlah,bila balik kerja dah penat,tak larat nak buat kerja-kerja rumah lagi dahhh....tapi aku bersyukur kerana punya keluarga yang benar-benar memahami aku.....
kalau aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama lagi,perkara yang paling-paling aku ingin lihat ialah melihat anak sulongku berkahwin,kalau boleh tahun depan...itu pun kalau aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama lagi.......

No comments:

Post a Comment