Tuesday, January 25, 2011

Andai aku mati dahulu......

Hurrmmmmm.....sebut mati sunat,kan!!! Andai aku mati dahulu dari suami aku,aku suka sebab aku rasa aku tak boleh hidup tanpa seorang lelaki ini.Lelaki yang tersangat sangat baik yang aku rasa aku tak akan jumpa lagi lelaki sebaik suami aku.....jadi,aku suka kalau aku mati dahulu,biar aku tinggalkan dia,jangan dia tinggalkan aku....Oh!Tuhan......aku pasti,aku tak akan berjumpa lagi lelaki sebaik dia untuk kedua kali....
Andai aku mati dahulu...tentu anak-anak aku sedih sebab tak akan ada lagi suara-suara membebel dalam kehidupan mereka....tapi pasti kah mereka sedih,entah-entah dia orang semua seronok sebab tak ada lagi perempuan annoying yang akan mengganggu kehidupan mereka.....hahahahahahaha......
Andai aku mati dahulu.....aku redha kalau suami aku nak mencari pengganti aku tapi dengan syarat wanita itu mestilah menjaga anak-anak aku dengan baik sebaik-baiknya....kalau tidak aku akan bangun dari kubur untuk memastikan anak-anak aku dijaga dengan baik....hahahahaha...
Andai aku mati dahulu.....kalau boleh jangan simpan jenazah aku lama-lama,maksud aku 2 ke 3 jam selepas aku mati,kebumikanlah aku.Tak perlulah nak tunggu sedara-mara jauh balik,baru nak kebumikan aku...kesiankanlah aku...hehehehe...Korang titipkan doa jer untuk aku,sudahlah...tak payah lah nak tengok-tengok lagi jenazah aku.....huhuhuhuhu....
Andai aku mati dahulu.....apa-apa harta yang aku ada,korang tolonglah sedekahkan kepada mereka-mereka yang memerlukan,gunakanlah harta-harta yang aku tinggalkan ke jalan kebaikan dan diredhai Allah....tapi banyak sangat ke,harta aku....hahahaha....Harta yang paling bernilai dalam hidup aku adalah suami dan anak-anak aku,jadi sesiapa yang menjadi pengganti aku,peliharalah harta-harta aku ini sebaik mungkin,jangan dipersia-siakan.....kalau tidak aku akan bangun,bangun dari kubur......hahahahaha....
Andai aku mati dahulu.....kadang-kadang terfikir juga untuk menjadi penderma organ tapi anak-anak aku tak bagi...TETAPI seandainya ada yang tersangat memerlukannya,aku redha untuk didermakan atas persetujuan anak-anak aku....Aku harap anak-anak aku menjalankan amanah ini dengan baik.....
Andai aku mati dahulu........selamat tinggal dunia.......hehehe..

Wednesday, January 5, 2011

Tahun baru 2011 dah masuk hari ke 5,sekejap jer masa berlalu.Azam tahun baru,semua barulah,kalau boleh......KALAU BOLEH.....nak jadi kaya,sekaya-kayanya......tapi bukanlah kaya harta cuma kaya dengan budi bahasa,kaya dengan rasa kasih dan sayang,kaya dengan rasa simpati pada orang-orang yang kurang bernasib baik tapi kalau Allah s.w.t berikan aku rezeki dan menjadikan aku orang kaya,aku mohon semoga Allah membantu aku membelanjakannya ke jalan yang diredhai......amin...
Semoga tahun 2011 ini menjanjikan kebahagiaan yang tidak terhingga buat aku dan keluargaku.....amin....