Tuesday, November 30, 2010

Happy Anniversary.....

30hb.Nov,2010.....hari ni hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 25 tahun.Jubli perak dah perkahwinan kami....hahahaha...tak sangka sampai jugak kami ke angka ini....25 tahun dalam alam rumahtangga,macam-macam badai,ribut taufan yang kami lalui....syukur ke hadrat Ilahi yang memanjangkan jodoh kami dan bersyukur kerana kami berjaya melalui onak dan duri dengan tabah dan penuh kesabaran....Faham memahami,bertolak ansur antara satu sama lain dan saling percaya dan mempercayai adalah kunci kebahagiaan kami.Sepanjang 25 tahun,kami dikurniakan 3 orang cahayamata yang cantik-cantik dan kacak dan bersyukur sangat-sangat kerna ketiga-tiga cahayamata ini tidak pernah mendatangkan masaalah dan merupakan anak-anak yang baik.....Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah mengurniakan kepadaku sebuah keluarga yang sangat-sangat bahagia.....semoga perkahwinan ini akan sampai ke jubli emas,jubli intan dan seterusnya sehingga ke akhir hayat kami......

Friday, November 26, 2010

Sekarang ni musim orang kawin.Hari ini aku ada dua jemputan kawin....hurmmm,dua-dua kena pergi,satu rumah mak saudara suami aku dan satu lagi anak kawan rapat kami semasa tinggal di Johor dulu....Alhamdullillah....sampai sudah jodoh mereka dan bakal bertambahlah umat Nabi...
 Giliran aku pulak nak kawinkan anak-anak aku.....tak tahulah bila...mudah-mudahan tahun depanlah...InsyaAllah......mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati anak-anak aku nak kawin cepat-cepat...hahahaha.....Almaklumlah..aku ni dah makin tua,takut tak sempat nak tengok cucu,dapat tengok pun jadi ler...nak timang cucu memang ler tak boleh pasal aku ada masalah dekat tulang belakang....Doktor cakap aku bila-bila masa jer boleh lumpuh seluruh badan tapi aku kuatkan semangat kerana nak tengok anak-anak aku kawin dan nak tengok bakal cucu-cucu aku.....HAA...anak-anak,kawin ler cepat-cepat sementara mama boleh turut meraikan..kalau dah tak boleh lagi nanti,nasib kamulah,silap-silap bapak kamu yang kawin...hahaha...

Saturday, November 20, 2010

Birthday...

Hari ni aku menyambut hari jadi 3 orang anak saudara aku.....Anggun,Seroja dan Orkid.Tiga orang anak saudara yang comel-comel belaka.Dengan keletah mereka membuatkan aku rasa nak tambah lagi ahli keluarga...tapi....hahaha...keadaan tidak mengizinkan,dah tua nooo......Anggun,becok mulutnya..bagai bertih yg digoreng,satu saja pertanyaan,sepuluh dijawabnya.....Seroja,cantik dan manis...dah besar boleh jadi model ni.....dan Orkid,nampak diam tapi agresif,kuat menjerit ni...mama dia kata drama queen...Apa-apa pun 3 orang anak-anak ni selalu buat aku terhibur......hilang sakit jantung kalau tengok keletah mereka......hahahaha.....Tapi aku tak berikan satu hadiah pun pada hari jadi mereka...mungkin bukan budaya aku...cuma ku titipkan doa agar ketiga-tiga anak ini membesar menjadi orang-orang yang berguna pada agama,bangsa dan negaranya.....Ya Allah...Engkau peliharalah mereka agar menjadi anak-anak yang solehah....amin......

Thursday, November 18, 2010

Jam 3.15 ptg....18.Nov,2010

HAHAHA...macam bosan,kan!!!! tapi hidup yang mesti diteruskan......dua cerita sedih,kita buat cerita kelakar lah..pulak...
Kisah ini berlaku lebih kurang 8 tahun yang lepas....dah ingat-ingat lupa tapi masih tak lupa.....macam mana nak lupa kerana melibatkan perasaan malu hingga tak terkata.Nasib baik muka aku selamba so tak ada lah malu sangat.....HAHAHA...
Kisahnya begini....cehhhhh....aku dan suami diajak menemani ayahbonda pergi ke majlis perkahwinan seorang saudara kami.Aku pun dengan rasa teruja  setuju mengikut.Al maklum dapat naik kereta VIP,seronoknya....tak terkata seronoknya,macam orang jakun pun ada jugak.....lalu aku pun berdandanlah macam seorang datin,dengan spek mata hitam,dengan rasa penuh perasaaannnnn,aku pun naik kereta bersama mak,ayah dan suamiku...Apabila hampir sampai ke destinasi yang dituju,mak aku cakap"alamak...envelope tak de pulak nak isi duit ni"..apalagi dia pun suruh suami aku berhenti di sebuah kedai dan menyuruh aku turun pergi beli envelope tu....Aku pun dengan penuh perasan macam datin,buka pintu kereta dan keluar dengan perasaan berlagak ler jugak....hahahaha....apalagi,tiba-tiba apek kedai tu jerit-jerit kat aku,katanya....
Apek: Amoi,amoi...lu tengok bawah.....
Aku :tengok bawah apa,pek!!! (masih belagak lagi ni)
Apek:Amoi..lu tengok bawah larrrr......
Aku:(dlm hati,apa apek ni mengarut,berlagak lagi ni)
Apek: gua cakap nanti lu malu.....
Aku:malu apa?(berlagak lagi nih...)
Apek:tuuuuuuu(sambil menuding jari ke bawah)
Aku:(terus pandang ke bawah)ALAMAKKKKKK,kain aku tercabut.....oh pocot,oh pocot!!!!(terus buat2 melatah)padahal malunye...Tuhan aje yang tau....
Lalu aku terus tarik kain aku ke atas dan terus masuk dalam kedai dan dengan wajah yang buat-buat selamba.....
Aku:alaaa apek,zip dia tercabut lar....tak sengaja(tapi dalam hati,celaka apek ni dapat tengok wayang free)...(buat-buat ketawa)...bagi saya envelope 30 sen.....
Apalagi dapat jer envelope terus blahhhh....malu tak boleh nak cakap,simpan dalam hati jer,spek itam dah jadi spek kelabu asap.....
Rupa-rupanya yang sedang menunggu dalam kereta(mak,ayah dan laki aku)dah ketawa terbahak-bahak....Tak per...ini hari aku,esok hari korang belum tentu....
Pengajaran dari kesah ini:
Jangan hidup suka berlagak macam mak datin...
Jangan suka ketawakan orang(mungkin hidup aku suka ketawakan orang,kot...tu yang Tuhan balas tu...)
Sentiasa lah merendah diri.....ibarat ular menyusur akar tak kan hilang bisanya....
Pengajaran yang amat bermakna dan kisah lucu yang sampai mati akan aku ingat.....
12hb.Nov.2010,hari jumaat jam 4.25 ptg,aku kehilangan seorang anak saudara yang amat aku kasihi.Beliau baru berusia 29 tahun semasa pemergian beliau disebabkan kanser....Kesedihan yang amat sangat sama seperti semasa aku kehilangan arwah nendaku yang dikasihi yang telah membesarkan aku.Setiap kali aku teringat beliau sama seperti aku teringat arwah nenda kesayanganku...Kesedihan kedua yang teramat perit aku terima dalam kenyataan hidup ini.Tapi apa boleh buat..Allah lebih menyayanginya....
Teringat aku semasa majlis merisik anakandaku..arwah beria-ia membantu,menolong mengemaskan rumahku,membantu menguruskan makan minum tetamu.....Ya Allah...terlalu berat untuk aku terima semua ini.Arwah bagaikan anakku sendiri,abang kepada anak-anakku....sering membantu kami sekeluarga biarpun dalam keadaan susah mahupun senang......Biarpun kenyataannya susah untuk aku terima semua ini tapi hidup mesti diteruskan walaupun tanpa orang-orang yang dikasihi...Moga Allah menempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadaNYA.....amin...
hidup yg mesti diteruskan.......begitulah aku...walau dalam keadaan apa sekali pun,aku harus bangkit demi anak-anak dan suamiku....yang dikasihi.Orang tak kan tahu apa yang ada dalam hati dan fikiranku.Luaran semuanya nampak indah...dalam hati hanya Allah saja yang tahu.Tapi demi keluargaku,aku rela berkorban apa sahaja....sampai tercabut isi dan kulit,sampai terlerai tulang temulang....eeeeeee!!!itu aku tak nak lahhhh..tu dah mati....Aku mahu terus hidup.Terus hidup untuk melihat kejayaan anak-anakku,satu persatu.....