12hb.Nov.2010,hari jumaat jam 4.25 ptg,aku kehilangan seorang anak saudara yang amat aku kasihi.Beliau baru berusia 29 tahun semasa pemergian beliau disebabkan kanser....Kesedihan yang amat sangat sama seperti semasa aku kehilangan arwah nendaku yang dikasihi yang telah membesarkan aku.Setiap kali aku teringat beliau sama seperti aku teringat arwah nenda kesayanganku...Kesedihan kedua yang teramat perit aku terima dalam kenyataan hidup ini.Tapi apa boleh buat..Allah lebih menyayanginya....
Teringat aku semasa majlis merisik anakandaku..arwah beria-ia membantu,menolong mengemaskan rumahku,membantu menguruskan makan minum tetamu.....Ya Allah...terlalu berat untuk aku terima semua ini.Arwah bagaikan anakku sendiri,abang kepada anak-anakku....sering membantu kami sekeluarga biarpun dalam keadaan susah mahupun senang......Biarpun kenyataannya susah untuk aku terima semua ini tapi hidup mesti diteruskan walaupun tanpa orang-orang yang dikasihi...Moga Allah menempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadaNYA.....amin...
No comments:
Post a Comment