Friday, December 17, 2010

Kenapa duit banyak tapi hidup masih tak tenang.......???

Topik kita....."Kenapa duit banyak tapi hidup masih tak tenang...????"
Hurmmm...kesian kan orang-orang macam ni.Duit melimpah ruah sampai dah tak tahu nak buat apa tapi hidup masih menggelabah....Buat ini tak kena,buat itu tak kena....hari-hari ada saja masaalah..Duit dia banyak tapi masih cemburu pada orang lain.Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.Sakit hati melihat keceriaan keluarga orang lain.Nak kata tak bayar zakat,tiap-tiap tahun bukan sikit-sikit berzakat.Bak kata orang pun boleh beli kereta Myvi cash....huhuhu...banyak tuuuuu.....!!!! tapi masih tiada kebahagiaan,ketenangan dan keceriaan dalam hidup....Kenapa yer???? Di situ kita kena kaji semula dan muhasabah diri sendiri...Apakah setiap perkara yang kita lakukan itu adakah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan???? Apakah setiap yang kita lakukan itu adakah hanya kerana Allah s.w.t.??? Adakah apa yang kita tolong itu kita mengharapkan balasan???? Dalam diri sendiri sudah tentu ada jawapannya......Kalau kita buat sesuatu itu penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan,InsyaAllah setiap apa yang kita dapat itu akan diberkati,maka kebahagiaan dan keceriaanlah yang akan kita perolehi.Kalau kita buat sesuatu itu hanya kerana Allah s.w.t...,InsyaAllah...ketenanganlah yang akan kita perolehi...Kalau kita buat sesuatu itu tanpa mengharapkan balasan.....InsyaAllah...Allah s.w.t..akan sentiasa membantu kita.....
Bagi ku,aku sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah,dengan setiap ujian yang Allah s.w.t berikan...Aku redha.....dengan segalanya....Walaupun hidupku tidak sekaya mana,tidak sesenang mana tapi aku bersyukur dikurniakan seorang suami dan anak-anak yang terlalu baik dan sentiasa memahami...Walau kami tidak punya duit dan harta yang melimpah ruah tapi kehidupan kami sekeluarga penuh dengan keceriaan dan ketenangan yang sangat abadi....Aku,suami dan anak-anak sentiasa mengamalkan prinsip "sikit sama sikit,banyak sama banyak...".Setiap yang kami lakukan mestilah penuh dengan kerendahan hati,itulah sikap yang suamiku tanamkan dalam diri kami seisi keluarga....Terima kasih Tuhan kerna Engkau telah berikan kami ketenangan dan kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan wang yang berjuta sekalipun.....

2 comments:

  1. Bersyukur dengan segala rezeki yg telah Allah swt beri adalah penting untuk mendapat kehidupan yg berkat..sebab tu org ckp duit byk mane pun hidup lom tentu bahagia..ape pun perlu muhasabah diri utk lihat apa dia kekurangan diri kita serta kekurangan ibadat kite...Allah swt itu sentiasa mendengar rintihan dan pertolongan hambaNya..Insyallah...

    ReplyDelete